Thursday 28 July 2011

KAWAN SEGALANYA

bukan susah nak cari kawan, klik.. tekan... usik sikit tegur dan lepas tu kenal. wajah seseorang tak penting. tapi, wujud juga kawan yang mampu membuatkan kita sakit, kecewa dan tertekan perasaan... walhal, semua itu tak pernah di inginkan... kitab buku sahabat pun mencerminkan kita hidup dalam dunia ni sangat memerlukan kawan, sebab kadang-kadang kawan tu mampu mendengar lebih dari keluarga sendiri ... malah pakej paling terbaik, kawan tu mampu membuatkan kita rasa hebat atau jadi hebat... tapi bila kawan itu berubah menjadi sesuatu yang sangat menyakitkan, ia ibarat kata pepatah, duri dalam daging.... mencucuk hingga ke ubun2 pun mampu kita rasa.... kekecewaan kita yang pernah menjadi kawan, usah cakaplah.... ibarat tak berpijak di bumi yang nyata.... kotak fikiran pun adakala hilang kewarasan... entah.. semoga dia bahagia dengan pilihan yang menyakitkan orang lain.... kawan?? siapa punya kawan?? aku dah biasa sendirian.....
tinggalkan aku.....
syg kamu mubin ., FRENZ 4 EVA <3

* W.A.N.I.T.A *


Wanita merupakan suatu ciptaan yang kompleks dan untuk mengenali wanita kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Walaupun banyak tips dan petua untuk mengenal wanita dari yang paling senang hendak ditafsir hinggalah kepada yang rumit.
Berikut merupakan salah satu panduan dalam mengenali wanita. Yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki terutamnya ketika mencari calon isteri.
7 Panduan Mengenali Wanita Dari Cara Jalan:
1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka menunduk ketika berjalan
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan menatap lurus ke depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan nampak tegak ketika berjalan
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agak berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.sekian

THAT'S IS LOVE ?

dalam hidup ku..pertama kali ku temui insan ini…yang dalam pikiran ku..tak akan ada insan seperti dia sama skali…aku hanya anggap ia sebagai kawan ku… dan dia juga anggap aku sebagai kawan…kerna kami saling bertukar pikiran, cerita dan berkongsi pendapat.. aku amat hormatinya kerna ia lebih tua dariku..dan jauh berpengalaman dari sudut pemikirannya yang luas dan matang…dia sangat mengambil berat padaku, membimbingku dan menasihatiku,, dr perhatian ku dia amat berprinsip dan berpendirian tetap…hinggakan aku tahu dia benar2 ikhlas pada ku…apabila aku sedari dia banyak mendorongku dalam sudut agama, akidah dan mcm lagi,,melalui dalam pelbagai saluran samaada facebook,blog,sms bluster,surat..yang aku sendiri binggung memikirkan siapa yang menghantarnya..tanpa identiti yang jelas..tetapi bila aku selidik dan mengerti tulisannya…seakan2 menyerupai sebutan dari nya…dia sangat luar biasa dari kebiasaan aku mengenali seseorang itu…dia juga sering muncul tanpa aku menduganya…seolah2 dia sentiasa memerhatikan aku…dan slalu hampir dengan aku…cuma aku tidak dapat menyangka kehadirannya..sungguh membuatkan aku gemuruh bila melihat matanya,, hati aku mula merasakan lain…dr biasa…apakah tandanya itu??owh Tuhan ku..berikan aku jawapan…

football

arghh tension nye ase tgok bola mlm nim ., MALAYSIA VS SINGAPURA .,  bodo r k rajagobal nim ., wt msuk apek sore jas sep klatey ., adush ., sek singapura plop pow shitt maen ., puuwweee ~ bolok weh .,

Tuesday 26 July 2011

dia milikku ~

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah ., love ue more biey <3

Wednesday 29 June 2011

ak bermula di sini

far away is the road to succed and it is within sight of yours . use ur full inspirations to taste the fruit of success later ~!!